Butiran Hadith
HADITH 32: MENGHINDARI MUDARAT
Matan
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: «لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ» حَدِيثٌ حَسَنٌ، راه ابنُ ماجه ، والدارقطني ، وغيرهما مسنداً ، ورواه مالك رحمه الله تعالى في "الموطأ" عن عمرو بن يحيى ، عن أبيه ، عن النبي صلى الله عليه وسلم مرسلاً، فأسقط أبا سعيد، وله طرق يقوي بعضها ببعضٍ
رواه ابن ماجه في كتاب الأحكام، باب: من بنى في حقه ما يضر بجاره، رقم (2340) و(2341)، من حديث عبادة بن الصامت وابن عباس رضي الله عنهم.
ورواه مالك في «الموطأ»، في كتاب الأقضية، باب: القضاء في المرفق، رقم (31).
وحديث أبي سعيد رضي الله عنه أخرجه الحاكم (2/57) والبيهقي (6/69)، وقال الحاكم عنه: صحيح الإسناد على شرط مسلم.
Maksud Hadith
Daripada Sayidina Abu Said Sa‘ad
bin Malik bin Sinan al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh
memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain.”
Hadith hasan. Diriwayatkan oleh
Imam Ibn Majah RH, al-Daraqutni dan imam yang lain secara musnad.
Manakala Imam Malik RH meriwayatkannya dalam kitab al-Muwatta’ daripada ‘Amr bin Yahya RA daripada ayahnya daripada Nabi SAW secara mursal. Imam Malik RH telah menggugurkan Sayidina Abu Said RA daripada jalur sanad. Namun, hadith ini mempunyai pelbagai jalur riwayat, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.
Takhrij al-Hadis:
English Translation
Penghayatan Hadith
1. Hadis ini memaparkan antara elemen terpenting dalam agama, iaitu larangan terhadap segala bentuk kemudaratan sama ada sedikit ataupun banyak. Imam Ibn Rajab berkata, “Allah S.W.T tidak membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang memudaratkan mereka, bahkan semua perintah Allah S.W.T adalah untuk maslahah agama dan dunia hamba-Nya.”
2. Islam amat menitik beratkan hubungan baik sesama manusia. Setiap Muslim mestilah memastikan tindakannya tidak memudaratkan saudaranya yang lain sebaliknya hendaklah dia membantu dan memudahkan urusan saudaranya.
3. Perbuatan yang menyebabkan kemudaratan dan kerosakan sama ada terhadap anggota badan, kehormatan diri dan harta benda tanpa sebab yang dibenarkan Islam adalah berdosa.
- Al-Nawawi, Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf, dan Ibn Rajab al-Hanbali, ‘Abd al-Rahman bin Ahmad. Al-Arba‘un al-Nawawiyyah bersama Tambahan Ibn Rajab. Disunting oleh al-Syirbini bin Fa’iq al-Syirbini. Disemak dan diberikan kata pengantar oleh Mustafa bin al-‘Adawi, halaman 36 berdasarkan penomboran al-Maktabah al-Syamilah.
- Mustafa Dib al-Bugha dan Muhyiddin Mistu, al-Wafi fi Sharh al-Arba'in al-Nawawiyyah (Damsyik: Dar al-Mustafa li al-Tiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘, cetakan pertama, 1440H/2019M), hlm. 224.
Ibn Daqiq al-‘Id, Abu al-Fath Muhammad bin ‘Ali (w. 702H). Syarh al-Arba‘in al-Nawawiyyah. Penelitian dan penyediaan: Muwaffaq al-Syaikh. Beirut, Lubnan: Resalah Publishers, Marwan Daboul Publications, cetakan kedua, 1447H/2025M, halaman 98.

