HADITH 30: BERPEGANG DENGAN BATASAN SYARAK

Matan

عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ جُرثُومِ بنِ ناشرٍ رضي الله عنه، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، قَالَ: ((إِنَّ اللَّهَ عز وجل فَرَضَ فَرَائِضَ، فَلَا تُضَيِّعُوهَا، وَحَدَّ حُدُودًا فَلَا تَعْتَدُوهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ، فَلَا تَنْتَهِكُوهَا، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ رَحْمَةً لَكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ، فَلَا تَبْحَثُوا عَنْهَا)) حَدِيثٌ حسنٌ، رَوَاهُ الدارقطني وَغَيْرُهُ.

رواه الدارقطني في «سننه»، كتاب الرضاع، رقم الحديث (4396)، ورواه أبو نعيم في «الحلية» (9/17) عن أبي الدرداء. وهو عند الدارقطني (4/84) من رواية مكحول عن أبي ثعلبة الخشني، وفي سنده انقطاع بين مكحول وأبي ثعلبة؛ لأن مكحولًا لم يسمع من أبي ثعلبة، وذهب ابن معين إلى أنه سمع.

ومع ذلك، فللحديث شواهد يرتقي بها إلى درجة الحسن. ولذلك اعتمد النووي رحمه الله تعالى في كتاب «الأذكار»، رقم (1082)، تحسينه، وسبقه إلى ذلك السمعاني في  «أماليه»، ووافقه عليه الحافظ العراقي والحافظ ابن حجر، بل صححه ابن الصلاح. انظر: «الفتوحات الربانية» (7/365).


Maksud Hadith

Daripada Sayidina Abu Tha’labah al-Khusyani Jurthum bin Nasyir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, Allah SWT telah menetapkan perkara-perkara fardu, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dia telah meletakkan batasan-batasan (syarak), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu melanggarinya. Dia telah diam daripada (menerangkan hukum) beberapa perkara sebagai rahmat kepada kamu, bukannya kerana terlupa, maka janganlah kamu bertanya (sehingga menimbulkan kesukaran)”.

Hadith hasan. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Daraqutni RH dan Imam yang lain.

 Takhrij al-Hadis:

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Daraqutni dalam Sunan al-Daraqutni, Kitab al-Rada‘ (كتاب الرضاع), hadis nombor 4396. Ia turut diriwayatkan oleh Abu Nu‘aym dalam Hilyat al-Awliya’ (9/17), daripada Abu al-Darda’ RA.

Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Daraqutni (4/84) melalui riwayat Makḥul daripada Abu Tha‘labah al-Khushani. Namun, sanadnya terputus antara Makḥul dengan Abu Tha‘labah kerana Makḥul tidak mendengar hadis secara langsung daripadanya. Walau bagaimanapun, Ibn Ma‘in berpendapat bahawa Makḥul pernah mendengar hadis daripadanya.

Meskipun demikian, hadis ini mempunyai beberapa riwayat sokongan (shawāhid) yang mengangkat darjatnya kepada hasan. Oleh itu, Imam al-Nawawi رحمه الله تعالى menerima penilaian hadis ini sebagai hasan dalam kitab al-Adhkar, hadis nombor 1082. Penilaian tersebut turut dikemukakan oleh al-Sam‘ani dalam Amālī-nya dan dipersetujui oleh al-Hafiz al-‘Iraqi serta al-Hafiz Ibn Hajar. Bahkan, Ibn al-Salah menilainya sebagai sahih. Rujuk al-Futūḥāt al-Rabbāniyyah (7/365).

English Translation


Penghayatan Hadith

1. Hadis ini menerangkan tentang perintah Allah S.W.T, batasan, larangan dan perkara yg harus dalam Islam. Menurut Imam Ibn al-Mulaqqin, hadis ini mengandungi kaedah-kaedah syariat dari sudut hukum dan adab-adabnya. 

2. Allah S.W.T memerintahkan hamba-Nya untuk menyempurnakan perkara yang fardu. Perlakuan sambil lewa, melewatkannya, bermalas-malasan dan tidak melakukan perkara fardu dengan sempurna adalah termasuk dalam pengabaian perkara fardu. 

3. Allah S.W.T telah menetapkan batasan bagi setiap perkara. Melampaui batasan tersebut boleh menjerumuskan diri ke dalam dosa dan kemurkaan Allah S.W.T. 

4. Syariat tidak mengharamkan sesuatu yang bermanfaat bagi manusia dan semua yang diharamkan hendaklah ditinggalkan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupan.

5. Perkara yang tidak dinyatakan hukumnya merupakan suatu bentuk keluasan dan rahmat Allah S.W.T kepada hamba-Nya.

Rujukan:
  1. Al-Nawawi, Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf, dan Ibn Rajab al-Hanbali, ‘Abd al-Rahman bin Ahmad. Al-Arba‘un al-Nawawiyyah bersama Tambahan Ibn Rajab. Disunting oleh al-Syirbini bin Fa’iq al-Syirbini. Disemak dan diberikan kata pengantar oleh Mustafa bin al-‘Adawi, halaman 34 berdasarkan penomboran al-Maktabah al-Syamilah.
  2. Mustafa Dib al-Bugha dan Muhyiddin Mistu, al-Wafi fi Sharh al-Arba'in al-Nawawiyyah (Damsyik: Dar al-Mustafa li al-Tiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘, cetakan pertama, 1440H/2019M), hlm. 209.
  3. Al-Dāraquṭnī, Sunan al-Dāraquṭnī, tahqiq Syu‘aib al-Arna’ut, Hasan ‘Abd al-Mun‘im Syibli, ‘Abd al-Latif Hirz Allah dan Ahmad Barhum (Beirut: Mu’assasat al-Risalah, cet. 1, 1424H/2004M), jil. 5, hlm. 325, no. 4396.
  4. Ibn Daqiq al-‘Id, Abu al-Fath Muhammad bin ‘Ali (w. 702H). Syarh al-Arba‘in al-Nawawiyyah. Penelitian dan penyediaan: Muwaffaq al-Syaikh. Beirut, Lubnan: Resalah Publishers, Marwan Daboul Publications, cetakan kedua, 1447H/2025M, halaman 95.

Asbab Alwurud (Sebab Terbitnya Hadith)