HADITH 16: MENJAUHI AMARAH

Matan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَوْصِنِي، قَالَ: لَا تَغْضَب فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لَا تَغْضَبْ.

رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ

أخرجه البخاري في الأدب، باب الحذر من الغضب، رقم (5765).

Maksud Hadith

Daripada Sayidina Abu Hurairah RA bahawa seorang sahabat telah berkata kepada Nabi SAW : “Berilah pesanan kepadaku”.’ Baginda SAW bersabda: “Janganlah kamu marah.” Sahabat itu mengulangi pertanyaannya berkali-kali. Baginda SAW tetap bersabda: “Janganlah kamu marah.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RH.

Takhrij hadis:
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Kitab al-Adab, bab al-Hadhar min al-Ghadab (Berwaspada terhadap sifat marah), hadis no. 5765.

English Translation


Penghayatan Hadith

1. Hadis ini sangat penting kerana ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa marah adalah punca segala keburukan. Oleh itu, menahan marah boleh dianggap sebagai kunci segala kebaikan.

2. Perasaan marah mestilah dikawal sebaiknya, antara caranya ialah:

i. Mengambil wuduk.

ii. Mengubah posisi; jika seseorang dalam keadaan berdiri, disarankan duduk. Jika dalam keadaan duduk, disarankan berbaring.

iii. Berdiam diri dan menghentikan bicara.

iv. Memperbanyak zikir dan memohon perlindungan kepada Allah S.W.T daripada syaitan.

3. Nasihat Rasulullah S.A.W kepada lelaki tersebut adalah bersesuaian dengan keadaan dan keperluan dirinya. Oleh itu, seseorang yang ingin memberi nasihat perlu memahami keadaan orang yang dinasihatinya.

4. Rasulullah S.A.W tidak pernah marah kerana kepentingan peribadi, tetapi baginda marah terhadap perlakuan yang melanggar hukum Allah S.A.W. 

5. Antara tanda kesempurnaan iman ialah marah apabila hak Allah S.A.W dan agama-Nya dipersendakan.

6. Manusia tidak terlepas daripada perasaan marah, namun dia dituntut untuk mengawal dirinya ketika marah.


Rujukan:
  1. Mustafa Dib al-Bugha dan Muhyiddin Mistu, al-Wafi fi Sharh al-Arba'in al-Nawawiyyah (Damsyik: Dar al-Mustafa li al-Tiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘, cetakan pertama, 1440H/2019M), hlm. 103.
  2. Al-Nawawi, Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf, dan Ibn Rajab al-Hanbali, ‘Abd al-Rahman bin Ahmad. Al-Arba‘un al-Nawawiyyah bersama Tambahan Ibn Rajab. Disunting oleh al-Syirbini bin Fa’iq al-Syirbini. Disemak dan diberikan kata pengantar oleh Mustafa bin al-‘Adawi, halaman 20 berdasarkan penomboran al-Maktabah al-Syamilah.
  3. Ibn Daqiq al-‘Id, Abu al-Fath Muhammad bin ‘Ali (w. 702H). Syarh al-Arba‘in al-Nawawiyyah. Penelitian dan penyediaan: Muwaffaq al-Syaikh. Beirut, Lubnan: Resalah Publishers, Marwan Daboul Publications, cetakan kedua, 1447H/2025M, halaman 68.

Asbab Alwurud (Sebab Terbitnya Hadith)