HADITH 15: BERKATA BAIK SERTA MENGHORMATI JIRAN DAN TETAMU

Matan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ.

رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ

أخرجه البخاري في الأدب، باب من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذ جاره، رقم (5672)، ومسلم في الإيمان، باب الحث على إكرام الجار والضيف ولزوم الصمت إلا عن الخير، وكون ذلك كله من الإيمان، رقم (47).

Maksud Hadith

Daripada Sayidina Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RH dan Imam Muslim RH.

Takhrij hadis:

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Kitab al-Adab, bab Man Kana Yu'minu Billahi wa al-Yawm al-Akhir fala Yu'dhi Jarahu (Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti jirannya), hadis no. 5672.

Hadis ini turut diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Iman, bab al-Hathth ‘ala Ikram al-Jar wa al-Dayf wa Luzum al-Samt illa ‘an al-Khayr, wa Kawn Dhalika Kullihi min al-Iman (Galakan memuliakan jiran dan tetamu, kewajipan berdiam diri kecuali untuk perkara yang baik, serta penjelasan bahawa semua perkara tersebut termasuk dalam keimanan), hadis no. 47.

English Translation


Penghayatan Hadith

1. Menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami, hadis ini merupakan separuh daripada Islam kerana ia menekankan penjagaan hubungan sesama makhluk, manakala separuh yang lain pula adalah hubungan dengan Allah S.W.T. 

2. Rasulullah S.A.W mengaitkan ketiga-tiga amalan tersebut dengan beriman kepada Allah S.W.T dan hari akhirat kerana beriman kepada Allah S.W.T adalah asas kepada setiap amalan. Manakala beriman kepada hari akhirat adalah menyakini adanya pembalasan terhadap amalan seseorang.

3. Terdapat tiga jenis jiran yang mesti dipenuhi hak-hak mereka iaitu jiran Muslim, jiran Muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan dan jiran bukan Muslim.

4. Tuntutan menyantuni tetamu adalah selama tiga hari. Hari pertama diberikan layanan istimewa berbanding hari kedua dan ketiga. Manakala layanan selepas hari ketiga dan seterusnya adalah dianggap sedekah.

5. Kemuliaan seorang Mukmin bergantung kepada kemuliaan akhlaknya sesama manusia.

6. Islam bukan agama yang menekankan ibadah semata-mata bahkan membimbing urusan interaksi sesama manusia.


Rujukan:
  1. Mustafa Dib al-Bugha dan Muhyiddin Mistu, al-Wafi fi Sharh al-Arba'in al-Nawawiyyah (Damsyik: Dar al-Mustafa li al-Tiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘, cetakan pertama, 1440H/2019M), hlm. 97.
  2. Al-Nawawi, Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf, dan Ibn Rajab al-Hanbali, ‘Abd al-Rahman bin Ahmad. Al-Arba‘un al-Nawawiyyah bersama Tambahan Ibn Rajab. Disunting oleh al-Syirbini bin Fa’iq al-Syirbini. Disemak dan diberikan kata pengantar oleh Mustafa bin al-‘Adawi, halaman 19 berdasarkan penomboran al-Maktabah al-Syamilah.
  3. Ibn Daqiq al-‘Id, Abu al-Fath Muhammad bin ‘Ali (w. 702H). Syarh al-Arba‘in al-Nawawiyyah. Penelitian dan penyediaan: Muwaffaq al-Syaikh. Beirut, Lubnan: Resalah Publishers, Marwan Daboul Publications, cetakan kedua, 1447H/2025M, halaman 65.

Asbab Alwurud (Sebab Terbitnya Hadith)