Sebulan bulan boleh jadi dua puluh sembilan hari

Matan

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ أَخْبَرَنِي عِيسَى بْنُ دِينَارٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ بْنِ أَبِي ضِرَارٍ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ مَا صُمْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِسْعًا وَعِشْرِينَ أَكْثَرُ مِمَّا صُمْنَا ثَلَاثِينَ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عُمَرَ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَعَائِشَةَ وَسَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَابْنِ عُمَرَ وَأَنَسٍ وَجَابِرٍ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَأَبِي بَكْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الشَّهْرُ يَكُونُ تِسْعًا وَعِشْرِينَ

Maksud Hadith

(TIRMIDZI - 625) : Ahmad bin Mani' telah menceritakan kepada kami Yahya bin Zakariya bin Abu Zaidah telah menceritakan kepada kami telah mengkhabarkan kepadaku Isa bin Dinar daripada ayahnya daripada Amru bin Harits bin Abu Dhirar daripada Ibnu Mas'ud berkata, tiadalah puasaku bersama Nabi SAW dua puluh sembilan hari lebih banyak daripada pada puasa kami bersama beliau sebanyak tiga puluh hari. Dalam bab ini (ada juga riwayat) daripada Umar, Abu Hurairah, 'Aisyah, Sa'ad bin Abu Waqqash, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Anas, Jabir, Ummu Salamah, Abu Bakrah. Bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Satu bulan terdiri daripada dua puluh sembilan hari."