Jangan Memandang Remeh Kebaikan

Matan

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا، وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ.

Maksud Hadith

Daripada Abu Zar RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda kepadaku:
“Janganlah engkau memandang remeh sesuatu kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria.”

(Sahih Muslim,hadis no. 2626.)

English Translation


Penghayatan Hadith

Huraian Hadis:

Hadis ini menjelaskan bahawa setiap amalan kebaikan mempunyai nilai di sisi Allah SWT, walaupun kelihatan kecil pada pandangan manusia. Rasulullah SAW mengingatkan umat Islam agar tidak memandang remeh sebarang bentuk kebaikan, termasuk menunjukkan wajah yang ceria dan mesra ketika bertemu dengan orang lain.

Perbuatan sederhana seperti memberikan senyuman, menyapa dengan sopan dan menunjukkan layanan yang baik mampu mengeratkan hubungan persaudaraan serta mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. Oleh itu, setiap Muslim digalakkan untuk membudayakan akhlak mulia dalam kehidupan seharian tanpa mengira besar atau kecil sesuatu amalan kebaikan.

Pengajaran Hadis:
1. Setiap amalan kebaikan hendaklah dihargai walaupun kelihatan kecil dan sederhana.
2. Menunjukkan wajah yang ceria dan mesra merupakan antara akhlak terpuji yang dianjurkan oleh Islam.
3. Sikap ramah dan layanan yang baik dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama manusia.
4. Umat Islam hendaklah sentiasa merebut peluang melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian.

Rujukan:

Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Tahqiq Muhammad Fu'ad 'Abd al-Baqi. Kaherah: Matba'ah 'Isa al-Babi al-Halabi wa Syurakah, 1374H/1955M, jil. 4, hlm. 2026, hadis no. 2626.

Asbab Alwurud (Sebab Terbitnya Hadith)


Maklumat Hadith

Nombor Hadith
2626
Status Kesahihan
Tarikh Penerbitan
20 Oct 2026, 3:31 AM