Menghitung hilal sya’ban dan ramadhan

Matan

حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ حَجَّاجٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ أَحْصُوا هِلَالَ شَعْبَانَ لِرَمَضَانَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ مِثْلَ هَذَا إِلَّا مِنْ حَدِيثِ أَبِي مُعَاوِيَةَ وَالصَّحِيحُ مَا رُوِيَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقَدَّمُوا شَهْرَ رَمَضَانَ بِيَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ وَهَكَذَا رُوِيَ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَ حَدِيثِ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو اللَّيْثِيِّ

Maksud Hadith

(TIRMIDZI - 623) : Muslim bin Hajjaj telah telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah telah menceritakan kepada kami daripada Muhammad bin Amru daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: " Hitunglah hari-hari bulan Sya'ban untuk mengetahui awal bulan Ramadhan". Abu 'Isa berkata, hadith Abu Hurairah merupakan hadith gharib, kami tidak mengetahui kecuali daripada hadith Abu Mu'awiyah, dan yang sahih adalah hadith yang diriwayatkan daripada Muhammad bin Amru daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, beliau bersabda: "Janganlah berpuasa sehari atau dua hari sebelum bulan Ramadhan." Demikian juga diriwayatkan daripada Yahya bin Katsir daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW seperti hadith Muhammad bin Amru Al Laitsi.