A- A A+





Terbitan Jakim
Garis panduan/buku/jurnal/risalah/brosur
Pautan: http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Hadith_Mawdu_Sejarah_dan_Cara_Mengenalinya.pdf
Penerbit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Tahun Terbitan: 2008
Edisi: Cetakan kedua 2015
Pengarang: Prof. Madya Dr Abdul Hayei Bin Abdul Sukor

Kata-Kata Aluan

Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan

 

 

Assalamualaikum wbrt.

Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah memberi hidayah dan inayah serta keizinannya maka usaha untuk menerbitkan risalah kecil mengenai “Hadith Mawdu‘ dan Cara Mengenalinya” telah berjaya terlaksana. 

Saya bagi pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor yang telah berusaha bersungguh-sungguh menulis tajuk ini. Semoga usaha beliau ini akan diberkati dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan di Malaysia amnya, saya berharap dapat menggunakan risalah kecil ini sebagai asas panduan bagi mengenali ciri-ciri Hadith Mawdu‘ (Hadith Palsu) yang sejak dahulu hingga sekarang banyak tersebar dalam masyarakat kita dan setengahnya telah menjadi pegangan mereka. Justeru dengan penerbitan risalah kecil ini akan mengubah dan membetulkan keadaan serta membersihkan masyarakat daripada hadith-hadith yang direka secara dusta bagi menyesatkan umat manusia.

Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita ini lnsya-Allah. 

(Prof. Madya Dr. Mohammed Yusoff bin Hussain)
Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri

Pin It