A- A A+





Terbitan Jakim
Garis panduan/buku/jurnal/risalah/brosur
Pautan: http://myhadith.islam.gov.my/
Penerbit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Tahun Terbitan: 1989
Jilid : 1
Edisi: Rumi 1432 (2011)

SEKAPUR SIRIH

 

Oleh sebab hadith-hadith Rasulullah SAW amatlah penting dengan sifatnya menjadi sebaik-baik panduan hidup kemudian daripada kitab Allah al-Quran al-Karim, maka amatlah besar faedahnya, arahan Yang Amat Berhormat Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya diadakan sebuah kitab hadith untuk bacaan umum masyarakat pembaca Bahasa Kebangsaan. Bagi menjunjung arahan yang tak dapat dielakkan maka kami dengan segala daya dan kebolehan – cuba memulakan usaha memilih dan mengumpulkan beberapa hadith dan menyusunkannya menjadi buku bacaan sebagaimana yang diarahkan oleh pemimpin yang kita cintai itu.

Dengan usaha yang kami telah cuba lakukan itu, Alhamdulillah, terbitlah sebuah buku mengandungi hadith-hadith yang kami jadikan sebagai ‘Muqadimah’ bagi jilid-jilid yang akan datang dalam siri penyusunan yang akan diteruskan Insya-Allah. Kami sedar akan ceteknya kebolehan kami, khasnya dalam ilmu hadith Rasulullah SAW yang amat luas itu, meskipun demikian, kami beranikan juga diri kami memasukinya dengan kuat bertawakkal kepada Allah serta memohon limpah taufi k dan hidayah daripada-Nya ‘Azza wa Jalla. Hadith-hadith yang dipilih dan dikumpulkan ini, setelah diterjemah, diikuti pula dengan huraian-huraian maksudnya, dengan berpandukan kitab-kitab huraian hadith dan pendapat-pendapat ulama’ yang kami fi kir sesuai dengan keadaan masyarakat tanah air kita. Demikianlah pula cara penyusunan hadith-hadith yang akan dihimpunkan pada jilid-jilid yang berikutnya – Insya-Allah.

Hadith-hadith yang terhimpun dalam buku ‘Muqaddimah’ ini ialah sebanyak 42 hadith, disusun dalam sepuluh bab, yang kami fi kir dan berharap akan menjadi asas bagi hadith-hadith yang akan disusun dalam jilid-jilid akan datang.

Kami sedia menerima apa-apa teguran yang membina dari sesiapa juga yang sudi memberinya, dan hal yang demikian kami hargai sebagai sumbangan kerjasama dengan kami. Kami merayu dan berdoa kepada Allah Ta’ala semoga buku ini memberi faedah kepada sekalian pembaca, dan semoga segala rancangan dan arahan Yang Amat Berhormat Tun Perdana Menteri sentiasa berjaya dengan amat sempurna 

 

Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih
Haji Ismail bin Haji Yusuf
Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrabim

1 Ramadhan 1393
28 September 1973

 

 

 

 

 

Pin It