A- A A+





Biodata Tokoh Ulama Hadith
Senarai Tokoh Ulama Hadith Kurun1, Kurun 2 dan Lain-lain
Zon: Kurun 3 & Lain-Lain

Kelahiran

Beliau adalah Abu Abdirrahman Ahmad ibn Syu'aib ibn Aliy ibn Sinan ibn Bahr al-Khurasani atau yang lebih dikenal dengan sebutan al-Imam an-Nasa'i. Beliau adalah seorang alim daripada ulama hadith ternama. Pemilik kitab Sunan anNasa'i yang kitab ini masuk dalam daftar kitab Kutubus Sunan yang diakui oleh para imam ahli hadith setelahnya. Nama beliau "an-Nasa'i" adalah nisbah (penggolongan) kepada Nasa', yaitu sebuah kota yang ada di negeri Khurasan. Ada juga yang menyebutnya Nasawi seperti yang disebutkan dalam kitab Mu'jam al-Buldan. Beliau lahir pada tahun 214 H, dan ada yang mengatakan beliau lahir pada tahun 215 H di kota Nasa'. Berkata adz-Dzahabi هللارمحه " ,Beliau adalah seorang yang sangat berwibawa, berwajah tampan, berkulit putih, dan sebagian rambutnya beruban."

Keilmuan

Berkata al-Imam ad-Daruquthni, "Abu Abdirrahman (anNasa'i) adalah seorang yang selalu terkehadapan daripada siapapun di zamannya dalam hal yang berkaitan dengan ilmu ini (hadith)." Ibnu Subki berkata, "Aku mendengar guru kami yaitu Abu Abdillah adz-Dzahabi al-Hafizh mengatakan tatkala aku bertanya 'Siapakah yang lebih kuat (hafalannya), Muslim ibn Hajjaj pemilik kitab Sahih Muslim atau al-Imam an-Nasa'i', beliau menjawab, 'An-Nasa'i lebih kuat. Lalu aku ceritakan itu kepada ayahku (al-lmam as-Subki) dan beliau menyetujuinya."Az-Zahabi berkata, "Beliau (an-Nasa'i) adalah lautannya ilmu dan pemahaman, kekuatan hafalan dan ketajaman pandangan. Beliau juga ahli dalam penilaian kredibilitas seorang rawi, piawai dalam menuliskan karyakarya ilmiah, telah banyak menempuh jarak ke beberapa negeri untuk mencari ilmu ini; ke Khurasan, Hijaz, Mesir, Iraq, Syam, dan beberapa negeri lain, hingga akhirnya beliau menetap di Mesir dan para huffazh (ahli hadith)-lah yang mendatangi beliau. Kala itu, tidak ada seorang pun yang keilmuannya seumpama dengan beliau."

Karya

Beberapa karya ilmiah beliau adalah: 

1)    Kitab al-Khasha'ish. Kitab ini berbicara tentang fadhilat (keutamaan) para sahabat. Yang dengan sebab kitab ini pula beliau mendapatkan beberapa bala dan ujian.

2)    Kitab Sunan al-Kubra. Kitab ini telah tercetak dan telah di-tahqiq oleh Dr. Abdul Ghaffar Sulaiman al-Badn dan Sayid Kasrawi Hasan. 

3)    Kitab al-Mujtaba atau yang lebih populer dengan sebutan Sunan an-Nasa'i. Kitab ini pun telah tecetak. Dan syarh (penjelasan) yang paling dikenal adalah syarah al-Hafizh Jalaluddin as-Suyuthi dengan hasyiah (catatan)nya asSindi. Ada juga sebagian ulama yang mensyarah tetapi belum terselesaikan seperti kitab Zhahinitul Uqba karya Syaikh Muhammad ibn Aliy ibn Adam.

4)    Tafsir an-Nasa'i. Kitab ini telah tercetak dan telah ditahqiq oleh Syaikh Shabri Abdil Khaliq asy-Syafi'i dan Sayyid Abbas al-Halimi. Dan beliau (an-Nasa'i) juga masih memiliki beberapa kitab lain seperti yang disebut-sebut oleh Fuad Sazkin di dalam kitabnya Tarikh at-Turats, seperti kitab ad-Dhu'afa' wal Matrukin, 'Amalul Yaum wal Lailah, Kitabul Jum'ah, dan juga beberapa kitab lainnya.

Kewafatan

Al-Imam ad-Daruquthni berkata, "Di akhir masa umurnya, an-Nasa'i pergi ke Makkah hendak menunaikan ibadah haji, namun setibanya di Damaskus beliau mendapatkan ujian, beliau berpesan untuk segera dibawa ke Makkah. sesampainya di Makkah akhirnya beliau meninggal dunia, dan dikuburkan di antara Bukit Shafa dan Marwah.

Beliau meninggal dunia pada bulan Sya'ban tahun 302 H. Beliau adalah di antara ulama Mesir yang paling utama di zamannya dan yang paling memahami tentang ilmu hadith dan para rawinya." Adapun Abu Sa'id ibn Yunus berkata, 'Abu Abdirrahman an-Nasa'i meninggal dunia di Palestina pada hari Senin tanggal 13 Shafar tahun 303 H."

Berkata adz-Dzahabi, "Apa yang beliau katakan telah benar, karena memang beliau (Abu Sa'id ibn Yunus) adalah seorang hafizh yang terpercaya dan beliau adalah salah satu murid al-Imam an-Nasa'i, maka beliau yang lebih mengetahui tentang gurunya." Akhirnya, semoga Allah merahmati al-Imam an-Nasa'i. Amin Wallahul Muwaffiq.

Rujukan

1.     al-Imam an-Nasa'i هللارمحه, Ustadz Abu Faiz Sholahuddin bin Mudasim هللاحفظه

2.     @ Copyright 1436 H/ 2015 M, Untuk Umat Muslim, Al-Imam an-Nasa’i هللارمحه, Disalin daripada Majalah Al-Furqon No.160 Ed 01 Th. Ke-15_1436 H

3.     www.ibnumajjah.com

 

 

Pin It