A- A A+





Biodata Tokoh Ulama Hadith
Senarai Tokoh Ulama Hadith Kurun1, Kurun 2 dan Lain-lain
Zon: Kurun 3 & Lain-Lain

Pengenalan Ringkas Imam al-Bukhari

 

Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Ju’fiy al-Bukhari. Al-Bukhari adalah nisbah kepada tempat kelahiran beliau iaitu Bukhara yang terletak di Khurasan. Tambahan pula, Bukhara merupakan sebuah bandar lama, luas dan cantik. Kuniyah beliau adalah Abu Abdillah dan beliau terkenal dengan gelaran imam ahli hadith atau amir al-Mu’minin dalam hadith. Beliau lahir pada 194 Hijrah di bandar Bukhara.

 

Tambahan pula, imam al-Bukhari merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Ismail telah meninggal dunia ketika usia beliau masih kecil. Disebabkan itu, ibunya mengambil peranan dalam mendidik dan membesarkan imam al-Bukhari. Imam al-Bukhari sejak kecil lagi sudah cenderung untuk menghafaz hadith-hadith nabi SAW dan juga mempelajari ilmu-ilmu agama yang lain. Ini kerana, keluarganya merupakan sebuah keluarga yang amat menitikberatkan ilmu pengetahuan sebagaimana ayahnya merupakan seorang yang terkenal dengan keilmuannya.

 

Imam al-Bukhari merupakan seorang yang rajin menghadiri majlis-majlis atau halaqah-halaqah ilmu. Ketokohan imam al-Bukhari dalam bidang hadith sudah menonjol sejak beliau masih kecil lagi apabila kisah beliau menegur seorang guru yang ahli hadith ketika guru tersebut sedang menyampaikan pengajian. Guru tersebut adalah al-Allamah al-Dakhili, di mana beliau tersalah dalam meriwayatkan sanad hadith. Dikatakan usia imam al-Bukhari pada ketika itu adalah 11 tahun. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan di atas, kita ketahui bahawa imam al-Bukhari merupakan seorang yang cerdik dan rajin dalam menuntut ilmu. Ini dapat dilihat ketika usia beliau masih kecil lagi. Tambahan pula, kesungguhan beliau ini diteruskan dengan rehlah-rehlah ilmiah yang telah ditempuhi oleh imam al-Bukhari semata-mata untuk menuntut ilmu dan mencari hadith Nabi SAW.

 

Keilmuan

 

Al-Bukhari mulai belajar hadith saat masih muda, bahkan masih kurang dari 10 tahun. Pada usia 16 tahun, dia telah menghafal banyak kitab ulama terkenal, seperti Ibn al-Mubarak, Waki‟, dan sebagainya. Ia tidak berhenti pada menghafal hadith dan kitab ulama awal, tapi juga mempelajari biografi seluruh periwayat yang ambil bahagian dalam periwayatan suatu hadith, tanggal kelahiran dan wafat mereka, tempat lahir mereka dan sebagainya.

 

Beliau merantau ke negeri Syam, Mesir Jazirah sampai dua kali, ke Basrah empat kali, ke Hijaz bermuqim 6 tahun dan pergi ke Baghdad bersama-sama para ahli hadith yang lain sampai lapan kali. Dalam salah satu perjalannya kepada Adam bin Abu Ayas, ia kehabisan wang. Tanpa wang sesenpun, dia hidup sementara dengan daun-daun tumbuhan liar. Dia seorang penembak jitu, dan suka latihan agar siap berjihad sewaktu waktu.

 

Menurut pengakuannya, kitab hadith yang ditulisnya memerlukan jumlah guru tidak kurang daripada 1,080 orang guru hadith. Al-Bukhari diakui memiliki daya hafalan yang tinggi, yang diakui oleh abangnya Rasyid bin Ismail. Abang al-Bukhari ini menceritakankan, pernah al-Bukhari masih muda dan beberapa murid lainnya mengikuti kuliah dan ceramah cendekiawan Balkh. Tidak seperti murid lainnya, al-Bukhari tidak pernah membuat catatan kuliah. Ia sering dicela membuang waktu kerana tidak mencatat, namun al-Bukhari diam tidak menjawab. Suatu hari, karena merasa kesal terhadap celaan itu. Bukhari meminta rakan-rakannya membawa catatan mereka, kemudian beliau membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan selama dalam kuliah dan ceramah tersebut. Tercenganglah mereka semua, lantaran Bukhari ternyata hafal di luar kepala 15,000 hadith, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.

 

Riwayat popular tentang al-Bukhari sebagai ulama hadith adalah ketika ia memasuki kota Baghdad. Di sana terlibat dalam suatu majlis ulama hadith. Terdapat 10 orang ulama yang masing-masing membacakan 10 hadith dengan sanad dan matan yang diculangcalingkan. Beberapa orang dicoba untuk memberi komentar tentang hadith yang dibacakan tadi. Tidak seorang pun melaksanakan tugas dengan memuaskan. Akhirnya al-Bukhari tampil memberi komentar hingga orang ke sepuluh, sehingga genap seluruhnya 100 hadith. Tidak seorang ulamak pun membantah atas komentar al-Bukhari tersebut. Kerananya tidak heran kalau hadith riwayat al-Bukhari dinilai paling berkualiti dibandingkan dengan riwayat yang lain. Hadith pertama terdapat keterbalikan sanad begini, dan matan begini.

 

Karya

 

Imam al-Bukhari mempunyai karya tulisan yang cukup banyak, antara lain:

 

1)                   Al-Jami’ As-Sahih Karya ini disebut dengan nama

 (الجامع الصحيح المسند المختصر من أمور رسول الله صلى الله عليه وسلم وسننه وأيامه) atau biasa disebut "Sahih al-Bukhari". Yakni kumpulan hadith-hadith sahih yang beliau persiapkan selama 16 tahun.

 

35 kitab tersebut berisikan hadith-hadith sahih semuanya, berdasarkan pengakuan beliau sendiri, ujarnya: "saya tidak memasukkan dalam kitabku ini, kecuali sahih semuanya." Menurut Ibnu Solah, dalam kitab Muqaddimah, kitab Sahih Bukhari itu memuat 7275 hadith. Selain itu ada hadith-hadith yang dimuat secara berulang, dan ada 4000 hadith yang dimuat secara utuh tampa pengulangan. Penghitungan itu juga dilakukan oleh Syekh Muhyiddin An Nawawi dalam kitab At-Taqrib.

 

Dalam hal itu, Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kata pendahuluannya untuk kitab Fathul Bari (yakni syarah atau penjelasan atas kitab Sahih al-Bukhari) menulis, semua hadith sahih yang dimuat dalam Sahih al-Bukhari (setelah dikurangi dengan hadith yang dimuat secara berulang) sebanyak 2,602 buah. Sedangkan hadith yang mu'allaq (ada kaitan satu dengan yang lain, bersambung) namun marfu (diragukan) ada 159 buah. Adapun jumlah semua hadith sahih termasuk yang dimuat berulang sebanyak 7397 buah.

 

Perhitungan berbeda diantara para ahli hadith tersebut dalam mengomentari kitab Sahih al-Bukhari semata-mata karena perbezaan pandangan mereka dalam ilmu hadith. Banyak ulama yang membuat syarah dari sahih al-Bukhari ini, antara lain:

 

a.    Ibnu Hajar (w. 825 H) mengarang Fath Al-Bari.

 

b.    Al-'Ayni Al-Hanafi (w. 855 H) mengarang 'Umdah Al-Qari.

 

c.    Qashtallani (w. 923 H) mengarang Irsyad Al-Syari.

 

d.    Jalal Al-Din Al-Suyuthi (w. 911 H) mengarang Al-Tausyih.

 

2)    At-Tarikh Al-Kabir Karya ini ditulis beliau ketika usianya baru mencapai 18 tahun. Lebih tepatnya ketika dia berada di Masjid Nabawi di Madinah pada saat rembulan bersinar terang. Tatkala Ishaq bin Rahawaih melihat kitab ini, dia sangat gembira sekali.

 

Oleh Imam Bukhari, kitab ini dihadiahkan kepada Abdullah bin Thahir yang menjabat sebagai Amir di Khurasan. Ketika memberikan kitab ini dia berkata kepada Amir, “Ketahuilah, aku akan menunjukkan kepadamu sesuatu yang menakjubkan.”

 

3)    At-Tarikh Al-Ausatd Kitab ini tidak dicetak dan tidak diterbitkan.

 

4)    At-Tarikh Ash Shaghir Kitab ini dicetak melalui riwayat Abu Muhammad Zanjawiyah bin Muhammad An-Naisaburi. dalam kitab ini, Imam Al-Bukhari telah menyebutkan nama orang-orang terkemuka dari pada sahabat, Tabi‟in dan Tabi‟At-Tabi‟in berikut nasab, pertemuan mereka dan tahun meninggalnya. Dalam kitab ini, Imam Al-Bukhari juga sering menyebutnya Al-Jarh wa At-Ta’dil. Kitab ini disusun berdasarkan tahun, misalnya selesai Imam al-Bukhari menyebutkan tahun, maka ia akan menyebutkan tokoh ulama terkemuka, demikian seterusnya.

 

5)    Khalqu Af’al Al-‘ibad Yusuf bin Raihan bin Abd Ash Shamad da Al-Allamah Al-Farabi telah meriwayatkan kitab ini dari Imam Al-Bukhari. Dalam kitab ini terdapat bantahan terhadap kelompok Jahmiyah dan kelompok yang tidak mau menggunakan ayat-ayat Alquran, tidak mau menggunakan hadith-hadith Nabi SAW, athar pada sahabat dan athar Tabbi‟in. kitab ini telah dicetak.

6)    Adh-Dhu’afa Ash-Shaghir Imam Bukhari menulis dalam kitab ini nama para perawi hadith yang dhaif secara urut berdasarkan abjad, dijelaskan juga sebab perawi itu dinyatakan daif.

 

7)    Al-Adab Al-Mufradlullah Al-Jailani Kitab ini mengandungi hadith-hadith akhlak dan adab Rasulullah SAW. Kitab ini telah tercetak bersama syarahnya. Orang yang memberikan syarah kitab ini adalah Fadhlullah Al-Jailani dengan nama Fadhlullah Ash Shamad fi Taudhih Al-Adab Al-Mufrad,cetakan Mathba’ah As-Salafiyah.

 

8)  Juz’u Raf’u Al-Yadain Perawi kitab ini adalah Mahmud bin Ishaq Al-Khuza’I yang dicetak setelah ditahqiq oleh Abu Muhammad Badi’ Ad-Din Syah Ar-Rasidi As-Sanadi dengan nama Jala’ Al-‘Ainain bi Takhrij riwayat AlBukhari fi Juz’I Raf’I Al-Yadain. Dalam kitab ini juga terdapat catatan pinggir dari Faiddh Ar-Rahman An-Nura dan Irsyad Al-Haq Al-Atsari.

 

9)  Juz’u Al-Qira’ah Khalfa Al-Imam Kitab ini merupakan risalah masyur dari Imam Al-Bukhari yang mengukuhkan adanya bacaan bagi orang yang shalat sebagai makmum sekaligus bantahan terhadap orang yang mengingkari adanya bacaan bagi makmum.

 

10) KItab Al-Kuna Keberadaan kitab ini berdasarkan pernyataan Abu Ahmad dalam karyanya. Kitab ini telah tercetak di Haidar Abad

 

Guru-Guru Imam al-Bukhari

 

Antara guru-guru imam al-Bukhari ialah:

 

1.       Ali bin al-Madini

 

2.       Ahmad bin Hanbal

 

3.       Yahya bin Ma'in

 

4.       Ishak bin Rahawaih

 

5.       Qutaibah bin Sa’id

 

Murid-Murid Imam al-Bukhari

 

Antara murid-murid imam al-Bukhari adalah:

 

1.       Imam al-Tirmizi

 

2.       Imam al-Nasa’ie

 

3.       Imam Muslim

 

4.       Imam Ibn Khuzaimah

 

5.       Abu Zur’ah al-Razi

 

6.       Abu Hatim al-Razi

 

Ujian Kepada Imam al-Bukhari

 

Kisah ujian yang dilakukan oleh ulama’ hadith di Baghdad kepada imam al-Bukhari ini sangat masyhur dan diceritakan di dalam karya-karya yang menceritakan berkaitan sirah atau sejarah kehidupan beliau, contohnya di dalam kitab Sirah Imam al-Bukhari oleh Syeikh Abdul Salam al-Mubarakfuri atau di dalam kitab Imam al-Bukhari Imam al-Huffaz dan al-Muhaddithin oleh Dr. Taqiyuddin al-Nadwi.

 

Apabila para ulama’ hadith di Baghdad mendapat berita akan kehadiran imam al-Bukhari di Baghdad, maka mereka telah merancang satu ujian bagi menguji tahap hafazan, keilmuan dan kecerdikan beliau. Para ulama’ ini telah mengumpul seratus buah hadith yang telah ditukar sanad dan matannya antara satu sama lain. Kemudian hadith-hadith tersebut diberikan kepada sepuluh orang bagi membacanya kepada imam al-Bukhari. Setiap orang akan membaca sepuluh buah hadith di hadapan imam al-Bukhari setelah itu akan bertanya imam al-Bukhari berkaitan hadith tersebut. Apabila ditanya, imam al-Bukhari memberi jawapan yang sama bagi sepuluh orang yang bertanya itu dengan mengatakan “aku tidak tahu”. Mendengar jawapan imam al-Bukhari itu membuatkan hadirin tertanya-tanya akan kepandaian dan tahap hafazan imam al-Bukhari. Tambahan pula, majlis itu dihadiri bukan sahaja daripada kalangan penduduk di Baghdad tetapi ia juga dihadiri oleh penduduk dari luar Baghdad juga. Setelah selesai semua pertanyaan, beliau mula membetulkan satu persatu hadith yang diajukan kepada beliau sehingga ke hadith yang seratus dengan matan dan sanadnya yang tepat. Dengan itu, semua hadirin terpegun dan mengakui dengan ketokohan imam al-Bukhari dalam bidang hadith.

 

Sanjungan Terhadap Imam al-Bukhari

 

Antara sanjungan terhadap Imam al-Bukhari adalah:

 

Telah berkata Ishak bin Rahawaih rahimahullah:

 

“Wahai sekalian ashab hadith, lihatlah pada pemuda ini dan tulislah (hadith) daripadanya, sesungguhnya jika dia pada zaman Hasan bin Abi al-Hasan al-Basri sudah tentu manusia berhajat pada ilmu hadith dan fiqhnya”.

 

Telah berkata Qutaibah bin Sa’id rahimahullah:

 

“Aku melazimi ahli fiqh, ahli zuhud dan ahli ibadah tetapi aku tidak pernah melihat orang seperti Muhammad bin Ismail”.

 

Telah berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

 

“Khurasan tidak pernah mengeluarkan atau melahirkan insan sehebat Muhammad bin Ismail”.

 

Telah berkata Imam al-Darimi rahimahullah:

 

“Aku telah melihat ulama’ di Haramain, Hijaz, Syam dan Iraq tetapi aku tidak pernah melihat mereka semua melainkan Muhammad bin Ismail al-Bukhari lebih hebat daripada mereka”.

 

Telah berkata Imam Muslim rahimahullah:

 

“Biarkan aku mencium kedua kakimu wahai guru kepada sekalian guru, ketua kepada sekalian ahli hadith dan pakar dalam ilmu ‘ilal (kecacatan) hadith”.

 

Telah berkata Abu Hatim al-Razi rahimahullah:

 

“Khurasan tidak pernah menghasilkan seseorang yang lebih kuat hafalannya berbanding Muhammad bin Ismail dan tidak ada yang datang dari Khurasan menuju ke Iraq yang lebih alim daripadanya”.

 

Telah berkata imam al-Tirmizi rahimahullah berkata:

 

“Aku tidak melihat di Iraq dan Khurasan orang yang lebih alim

 

tentang ‘illah-‘illah hadith, tarikh (sejarah) dan sanad-sanad daripada Muhammad bin Ismail al-Bukhari”.

 

Kewafatan Imam al-Bukhari

 

Telah berkata Abdul Quddus bin Abd al-Jabbar al-Samarqandi:

 

فَسَمِعْتُهُ لَيْلَةَ مِنَ اللَّيَالِي وَقَدْ فَرَغَ مِنْ صَلَاةِ اللَّيْلِ ، يَدْعُو وَيَقُوْلُ فِيْ دُعَائِهِ : اللهُمَّ إِنَّهُ قَدْ ضَاقَتْ عَلَيَّ الأَرْض بِمَا رَحُبَتْ فَاقْبِضْنِيْ إِلَيْكَ . قَالَ : فَمَا تَمَّ الشَّهْر حَتَّى قَبَضَهُ الله تَعَالَى

 

Maksudnya: Pada satu malam, aku terdengar beliau (imam al-Bukhari) berdoa setelah selesai solat malam, “Ya Allah dunia telah sempit bagiku, sedangkan ianya luas, maka Kau cabutlah nyawaku wahai Allah”. Tidak sampai sebulan selepas itu, Allah SWT telah memperkenankan doanya.

 

Beliau meninggal dunia pada malam aidilfiri tahun 256 Hijrah, setelah hidup selama 62 tahun kurang 13 hari. Telah berkata Yahya bin Ja’far selepas kematian imam al-Bukhari:

 

مَوْتُ محمد بِنْ إِسْمَاعِيْل ذِهَابُ العِلْمِ

 

Maksudnya: “Kematian Muhammad bin Ismail bererti perginya (hilangnya) ilmu”.

 

fShare
1
Pin It