A- A A+





Biodata Tokoh Ulama Hadith
Senarai Tokoh Ulama Hadith Kurun1, Kurun 2 dan Lain-lain
Zon: Kurun 1

Kelahiran

Ubadah Bin al-Somit bin Qais bin Asram bin Fihr bin al-Khazraji. Beliau bersama-sama Rasulullah SAW dalam perjanjian ‘Aqabah Pertama, Aqabah Kedua dan Ba’iah al-Ridhwan serta peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Beliau mahir dalam bidang al-quran. Beliau telah meriwayatkan 181 buah hadith. Al-Auzaie berkata: Ubadah adalah pemimpin Palastin yang pertama. Salah seorang pemimpin sahabat yang masyhur. Beliau meninggal dunia di Ramallah pada 34 hijrah ketika umurnya menjangkau 72 tahun. Pendapat yang lain mengatakan beliau hidup sehingga pemerintahan khalifah Muawiyah. Said bin Afir berkata: Tingginya adalah 10 jengkal.

fShare
0
Pin It