A- A A+





Biodata Tokoh Ulama Hadith
Senarai Tokoh Ulama Hadith Kurun1, Kurun 2 dan Lain-lain
Zon: Kurun 1

Kelahiran

Samurah Bin Jundub Bin Hilal Bin Juwairih Bin Murrah Bin Harb Bin Umar Bin Jabir Bin Khatam Bin Lay Bin ‘Asim Bin Qazarah digelar dengan Abu Sulaiman. Ibn Ishaq berkata beliau dari kalangan khulafa Ansar di mana ibunya membawanya selepas kematian ayahnya. Kemudian seorang lelaki dari kalangan Ansar mengahwininya. Seorang sahabat yang masyhur, banyak meriwayatkan hadith.

Pada masa kecil beliau tidak dibenarkan menyertai satu peperangan sedangkan diizinkan oleh Rasulullah SAW kepada seorang kanak-kanak Ansar, lantas jawab Samurah: Sebenarnya saya lebih kuat kalau diizinkan bergusti. Selepas itu, ternyata Samurah mengalahkanya dan diizin untuk bersama Rasulullah SAW.

Beliau banyak menghafal hadith dan kemudian pergi ke Kota Basrah. Beliau terkenal dengan amat tegas terhadap golongan khawarij yang menyebabkan mereka banyak menuduhnya. Ramai dikalangan tabi’in meriwayatkan seperti Abu Raja’ Al-‘Utaridi, Sya’bi, Ibn Abu Laila Mutraf Bin syukhair dan lain lagi.

Meninggal dunia di Kota Basrah pada tahun 58 hijrah,kata Ibn Abd Al-Bar: Beliau terjatuh dalam satu kawah yang berisi air panas hingga mati. Benarlah sabda Nabi SAW kepada Abu Hurairah dan Abu Mahzurah orang terakhir dikalangan kamu mati dengan sebab terjatuh dalam api.

fShare
0
Pin It