Zon: Kurun 1

Kelahiran

Rafi bin Khadij bin 'Adi bin Yazid bin Jusam bin Harithah bin al-Harh bin al-Khazraj bin Umar bin Malik bin Aus al-Ansari al-Ausi al-Abdullah atau Abah Khadij. Ibunya bernama Halimah binti Mas'ud bin Sinan bin Amir daripada Bani Bayadhah. Beliau cuba menyertai peperangan Badar tetapi dianggap masih kecil pada ketika itu, kemudian diizinkan menyertai keika peperangan Uhud, meriwayatkan daripada Nabi SAW. Dan daripada bapa saudaranya Zahir bin Rafi. Diriwayatkan daripadanya anaknya sendiri Abdul Rahman, cucunya 'Abayah bin Rifa'ah, al-Saib bin Yazid, Mahmud bin Labab, Sa'idbin Musayyib, Nafi' bin Habir, Abu Salmah bin Abdul Rahman dan ramai lagi.

Tinggal di Kota Madinah sehingga lukanya makin bertambah pada awal tahun 74 Hijrah kemudian meninggal ketika berusia 86 tahun. Beliau terkenal dengan pakar berhubung keturunannya di Madinah. Dikatakan Ibn Umar mengiringi jenazahnya dan begitu juga ramai wanita yang berteriak ketika itu lantas Ibn Umar berkata: Diamlah kamu semua kerana beliau seorang Syeikh yang tua tak mampu menanggung azab Tuhan.