Zon: Kurun 1

Kelahiran

Nu'man bin Basyir bin Sa'ad bin Tha'labah bin Khalad bin Zaid al-Khazraji. Dikuniyah dengan Abu Abdullah. Beliau dan bapanya merupakan sahabat Rasulullah SAW. Al-Wagidi berkata: Beliau ialah orang pertama dilahirkan dalam Islam di kalangan Ansar selepas Hijrah 14 buian

Meriwayatkan daripada Nabi SAW dan Khalid bin Abduliah, Umar dan Aisyah dan telah meriwayatkan daripadanya anaknya Muhammad Maulana Salim, Urwah, Sya'bi, Siba'ie, Abu Qilabah, Samak dan lain-lain. Syai'ah bin Abdul Aziz berkata: Beliau adalah Qadhi Damsyiq seiepas Fadhalah bin 'Abid. Samna' bin Harb berkata: Muawiyah menjadikannya gabenor di Kufah, sebagai ahli pidato yang hebat kemudian berpindah kepada gabenor Hins. Mati dibunuh pada tahun 65 Hijrah.