A- A A+





Terbitan Jakim
Garis panduan/buku/jurnal/risalah/brosur
Pautan: http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Hadis-hadis_Sahih_Berkaitan_Perlakuan_LGBT.pdf
Penerbit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Tahun Terbitan: 2015

KATA ALUAN KETUA PENGARAH

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerena dengan keizinanNya Jakim dapat menerbitkan risalah bertajuk ‘Hadis-Hadis Sahih Berkaitan Perlakuan Lesbian, Gay, Biseksual, Dan Transgender (LGBT) ini. Gejala LGBT merupakan sebahagian daripada permasalahan sosial serta wabak yang melanda dunia. Malaysia tidak terkecuali daripada permasalahan tersebut dan bangsa Melayu beragama Islam secara umumnya dikenalpasti turut terlibat dalam permasalahan ini.

Bagi menangani isu ini, Jakim mengambil pendekatan mendekati golongan ini dengan melaksanakan aktiviti temuseru (outreach) ke kawasan yang dikenalpasti serta menarik minat mereka untuk mengikuti program ‘Ilaj Wa Syifa’ (rawatan dan pemulihan) yang dianjurkan oleh Jakim. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan Teras 4, Strategi Keempat, Pelan Strategik Jakim 2015-2019 yang bertujuan memantapkan kefahaman dan penghayatan Islam secara syumul bagi melahirkan khaira ummah. 

Selain program-program yang dilaksanakan, Jakim mengambil inisiatif menerbitkan bahan penerbitan berkaitan gejala LGBT untuk disebarluaskan bagi memberi lebih pengetahuan dan kesedaran sama ada kepada golongan yang terlibat ataupun masyarakat di pelbagai peringkat. Perkara ini juga selaras dengan Teras 4, Strategi Pertama, Pelan Strategik Jakim 2015-2019 iaitu memantapkan dan mempelbagaikan isi kandungan agama dalam media cetak, elektronik dan media baharu.

Gejala LGBT ini perlu diperjelaskan melalui perspektif agama termasuklah perspektif hadis kerana ia menjadi sumber kedua dalam Islam disamping al-Quran. Kejahilan atau salah tafsiran terhadap hukum menyebabkan segelintir masyarakat menganggap gejala LGBT sebagai suatu norma kehidupan serta hak kebebasan individu. Justeru penyebaran risalah ini adalah suatu medium dakwah yang berkesan dan merangkumi segenap lapisan masyarakat kerana diterbitkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penerbitan risalah ini juga diharap dapat memberikan pengetahuan, pemahaman, dan kesedaran kepada masyarakat berkaitan perlakuan LGBT berdasarkan hadis-hadis sahih.

 

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA

 

fShare
0
Pin It