A- A A+





Koleksi Mutiara Hadith
Senarai Koleksi Mutiara Hadith
Perawi: Abu Hurairah RA
Koleksi: Sahih Al-Bukhari
Kitab: 46. كِتَاب المَظَالِمِ في المَظَالِمِ وَالغَصْبِ - Perbuatan Zalim dan Paksaan
Bab: Barangsiapa yang mempunyai (melakukan) kezaliman kepada saudaranya, hendaklah dia membebaskan dirinya daripada kezaliman tersebut (meminta maaf)
No. Hadith: 6534
Matan Hadith:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَتْ عِنْدَهُ مَظْلِمَةٌ لِأَخِيهِ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهَا فَإِنَّهُ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُؤْخَذَ لِأَخِيهِ مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ أَخِيهِ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ.

[صحيح البخاري , كتاب المظالم , باب من كانت له مظلمة عند الرجل فحللها له هل يبين مظلمته , حديث رقم 6534]

Terjemahan:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai (melakukan) kezaliman kepada saudaranya, hendaklah dia membebaskan dirinya daripada kezaliman tersebut (meminta maaf) kerana sesungguhnya (pada hari kiamat) dinar dan dirham tidak akan memberi manfaat sedikitpun, sebelum amalan kebaikannya diambil untuk saudaranya (bagi menebus kezaliman yang dilakukan). Jika dia tidak mempunyai kebaikan lagi, maka akan diambil kejahatan yang dimiliki saudaranya dan dilemparkan ke atasnya.”

(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 6534)

Pengajaran:

 1- Islam mengajar penganutnya agar tidak berlaku zalim kepada sesama manusia samada secara percakapan atau perbuatan mahupun dari segi harta benda.

  1. Tatkala melakukan kesalahan dan kezaliman hendaklah segera meminta maaf semasa di dunia lagi agar sentiasa terlepas daripada sebarang dakwaan mahupun tuntutan semasa di akhirat nanti kerana ketika itu kemaafan dan nilaian harta benda sudah tidak bernilai lagi bagi menebus kezaliman yang dilakukan sewaktu di dunia.
  2. Orang zalim akan menjadi seorang yang muflis di akhirat kerana setiap amalan solehnya diambil bagi menebus kezaliman yang telah dilakukan dan jika amalan solehnya tidak mencukupi maka setiap amal kejahatan orang yang dizaliminya akan ditimpakan ke atasnya.