A- A A+





Koleksi Mutiara Hadith
Senarai Koleksi Mutiara Hadith
Perawi: Abdullah bin Abi Aufa RA
Koleksi: Sunan At-Tirmidzi
Kitab: 38. كِتَاب الحَوَالاَتِ - Pemindahan hak
Bab: Puasa
No. Hadith: TIRMIDZI - 618
Matan Hadith:

حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ بْنِ كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ قَالَ وَفِيالْبَاب عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَسَلْمَانَ

Terjemahan:

 

Abu Kuraib Muhammad bin 'Ala' bin Kuraib telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin 'Ayasy telah menceritakan kepada kami daripada A'masy daripada Abu Shalih daripada Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: " Pada malam pertama bulan Ramadhan syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintu yang terbuka dan pintu-pintu surga dibuka, tidak ada satupun pintu yang tertutup, serta seorang penyeru menyeru, wahai orang yang mengharapkan kebaikan bersegeralah (kepada ketaatan), wahai orang yang mengharapkan keburukan/maksiat berhentilah, Allah memiliki hamba-hamba yang selamat daripada api neraka pada setiap malam di bulan Ramadhan". (perawi) berkata, dalam bab ini (ada juga riwayat -pent) daripada Abdurrahman bin 'Auf dan Ibnu Ma'ud serta Salman.