A- A A+





Koleksi Mutiara Hadith
Senarai Koleksi Mutiara Hadith
Perawi: Anas bin Malik RA
Koleksi: Sunan At-Tirmidzi
Kitab: Puasa - كتاب الصوم
Bab: Makanan Yang Disunatkan Ketika Berbuka
No. Hadith: 696
Matan Hadith:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ.

-أخرجه الترمذي في سننه، كتاب الصَّوْمِ، بَابٌ مَا جَاءَ مَا يُسْتَحَبُّ عَلَيْهِ الْإِفْطَارُ، حديث رقم 696، وقال هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ.

Terjemahan:

Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, adalah Rasulullah ﷺ akan berbuka sebelum melakukan solat  (Maghrib) dengan beberapa buah rutob (tamar basah), tetapi apabila tidak ada rutob (kurma basah), maka dengan buah tamar (kurma yang kering) tetapi apabila tidak ada tamar (kurma yang kering), maka Baginda ﷺ akan minum beberapa teguk air."

(Riwayat at-Tirmizi dalam sunannya, Kitab ash-Shaum, Bab Ma Jaá Ma Yustahabbu Álayhi al-Iftor, no. 696 dan mengatakan: Hadith ini adalah hasan gharib)

Status Hadith: Hasan
Pengajaran:

1.Sunnah Nabi ﷺ ketika berbuka puasa adalah dengan mendahuluinya dengan buah tamar.

2.Berbuka dengan tamar akan memperolehi banyak keberkatan dan kebaikan daripada Allah SWT. Sekiranya buah tamar sukar didapati maka memadai berbuka dengan beberapa teguk air.

3.Ini menunjukkan bahawa Islam amat menitikberatkan penganutnya apabila berbuka puasa dengan bersederhana dan memakan makanan yang bersih lagi suci kerana ianya dapat memberikan kekuatan dalam beribadah serta kesihatan kepada jasmani.

 

Sumber rujukan:

1. Kitab Jami' at-Tirmizi

2. Kitab Tuhfah al-Ahwazi