A- A A+





Koleksi Hadith Harian
Senarai Koleksi Hadith Harian
Perawi: Abu Hurairah RA
Koleksi: Sahih Al-Bukhari
Kitab: كتاب الرقاق - Kitab al-Riqaq
Bab: Kekayaan itu adalah kaya hati
No. Hadith: 6446
Matan Hadith:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.

]صحيح البخاري , كتاب الرقاق , باب الغنى غنى النفس , حديث رقم 6446[

]صحيح مسلم ، كتاب الزكاة , باب ليس الغنى عن كثرة العرض , حديث رقم 1051]

Terjemahan:

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)."

(Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137 Ahmad, No.hadith : 7015, 7240)

Pengajaran:
  1. Hakikat kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta. Kebanyakan manusia yang dilapangkan hartanya tidak puas dengan harta yang telah dimilikinya, sentiasa berusaha untuk menambah hartanya.
  2. Kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa, iaitu orang yang merasa cukup dengan pemberian kepadanya (qona’ah), redha dan tidak tamak dalam mencari harta.
  3. Jadikanlah diri kita seorang yang kaya hati iaitu dengan akhlak terpuji dalam setiap perlakuan sama ada yang berhubung dengan Allah SWT, sesama manusia dan makhluk yang lain.