A- A A+





Al Manhal Al Tanwir Lil Hadith
Senarai Al Manhal Al Tanwir Lil Hadith

Soalan:

Apakah  maksud hadith mengerjakan Umrah Di bulan Ramadan seperti pahala mengerjakan ibadah Haji? Mohon ingin penjelasan.


Jawapan:

Pertama:

Imam al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256) telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya, "Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita daripada kalangan Anhar. "Apakah yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?" Dia berkata, "Kami hanya punya dua ekor unta, satunya dibawa oleh bapa dan anaknya, dan yang satu lagi kami gunakan untuk menyiram kebun." Maka Nabi SAW berkata,

فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً) وفي رواية لمسلم : حجة معي)

"Jika datang bulan Ramadhan, lakukanlah umrah, kerana pahala umrah itu sama dengan pahala mengerjakan haji." Dalam riwayat muslim, "Sama dengan pahala menunaikan haji bersamaku."

Kedua:

Para ulama berbeza pendapat tentang mereka yang mendapatkan keutamaan yang disebutkan dalam hadith tersebut, tiga pendapat:

Pertama: Bahawa hadith tersebut khusus bagi wanita yang diajak berbicara oleh Nabi SAW. Pendapat seperti ini adalah pendapat Said bin Jubair daripada kalangan tabi'in. Dinukil oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (3/605).

Di antara dalil yang digunakan oleh pendapat ini adalah riwayat daripada Umma Ma'qal, katanya, "mengerjakan haji adalah pahala mengerjakan haji, mengerjakan umrah adalah pahala mengerjakan umrah. Perkara ini disampaikan Rasulullah kepadaku, dan aku tidak tahu adakah itu khusus untuk aku atau untuk semua orang-orang secara umum." (HR. Abu Daud, no. 1989. Hanya saja sanad ini lemah)

Kedua: Keutamaan ini berlaku bagi orang yang telah berniat haji namun dia tidak mampu, kemudian diganti dengan umrah di bulan Ramadhan. Maka di sana berkumpul niat haji dengan menunaikan umrah dan pahalanya adalah pahala haji sempurna bersama Nabi SAW.

Ibnu Rajab berkata dalam Kitab Lathaiful Ma'arif, hal. 249, "Ketahuilah, bahawa sesiapa yang tidak kuasa melakukan sebuah kebaikan, lalu dia menyayangkannya dan ingin mendapatkannya, maka dia akan mendapat pahala sama pahalanya dengan orang yang melakukannya, kemudian dia menyebutkan contohnya, di antaranya; Sebahagian wanita tidak berkesempatan menunaikan haji bersama Nabi SAW, maka ketika beliau datang wanita tersebut bertanya apa yang dapat menggantikan haji tersebut. Maka beliau berkata, "Lakukanlah umrah di bulan Ramadan, kerana umrah di bulan Ramadan, sama dengan menunaikan haji, atau haji bersamaku."
Perkara seperti itu juga disampaikan oleh Ibnu Kathir dalam tafsir 1/531.

Pendapat ini disebutkan sebagai kemungkinan demikian maksudnya.

Ketiga: Pendapat para ulama dalam empat mazhab dan yang lainnya,bahawa keutamaan dalam hadith ini bersifat umum bagi siapa saja yang umrah di bulan Ramadan. Umrah di dalamnya sama dengan haji bagi semua orang, tidak khusus bagi orang tertentu dalam keadaan tertentu.

Lihat Raddul Mukhtar (2/473), Mawahibul Jalil (3/29), Al-Majmu (7/138), Al-Mughni (3/91), Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah (2/144).
Pendapat yang lebih cenderung dengan kebenaran –wallahua'lam- adalah pendapat terakhir, iaitu bahawa keutamaannya bersifat umum bagi orang yang umrah di bulan Ramadan. Hujjah ini dipakai kerana beberapa faktor berikut;

  1. Terdapat hadith daripada sejumlah sahabat, Tirmizi berkata, "Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Ibnu Abbas, Jabir, Abu Hurairah, Anas dan Wahab bin Khanbasy. Dalam kebanyakan riwayat mereka tidak menyebutkan kisah wanita tersebut."

  2. Amalan manusia sepanjang masa, samada daripada kalangan sahabat, tabiin, ulama dan salihin, mereka sangat mementingkan menunaikan umrah di bulan Ramadan untuk mendapatkan pahalanya.

Adapun mengkhususkan pahalanya pada orang yang tidak mampu menunaikan haji kerana halangan tertentu, maka jawabannya,bahawa orang yang jujur dengan niat dan tekadnya serta mencari berbagai sebab, kemudian dia terhalang diluar keinginannya, maka Allah Ta'ala akan mencatat pahala amal tersebut berdasarkan keutamaan niat. Bagaimana Nabi SAW mengaitkan teraihnya pahala dengan sebuah amal tambahan yaitu melaksanakan umrah di bulan Ramadan, padahal niat yang jujur telah cukup untuk meraih pahala amalan tersebut!

Ketiga:

Tinggal pertanyaannya adalah, apakah  fadhilah yang disebutkan tersebut,bahawa umrah Ramadan sama dengan haji.

Penjelasannya sebagai berikut:

Tidak diragukan lagi bahawa umrah di bulan Ramadan tidak dapat menggantikan kewajiban haji. Maksudnya,bahawa siapa yang umrah di bulan Ramadan tidak menggugurkan kewajibannya untuk melaksanakan ibadah haji yang wajib kerana Allah Ta'ala.

Dengan demikian, maksud daripada hadith tersebut adalah menyamakannya daripada pahala, bukan daripada kedudukan hukum.

Meskipun demikian, kesamaan yang dimaksud antara pahala umrah di bulan Ramadan dan pahala haji adalah daripada ukuran pahala, bukan daripada jenis dan kualiti, kerana haji tidak diragukan lagi, lebih mulia daripada umrah daripada sisi jenis amal.

Siapa yang umrah di bulan Ramadan, maka dia akan meraih senilai pahala ibadah haji, hanya saja perbuatan ibadah haji memiliki keutamaan, keistimewaan dan kedudukan yang tidak terdapat dalam umrah, berupa doa di Arafah, melontar jumrah, menyembelih kurban dan lainnya. Keduanya, meskipun sama kadar pahalanya daripada kualitinya, maksudnya, jumlahnya, akan tetapi tidak sama daripada sisi kualitinya.

Wallau a’lam.

 

 

fShare
0
Pin It