A- A A+





Al Manhal Al Tanwir Lil Hadith
Senarai Al Manhal Al Tanwir Lil Hadith

Soalan:

Adakah terdapat hadith mengenai cara mandi junub dengan menggosok tubuhnya menggunakan alat pembersih seperti sabun atau tidak?


 Jawapan:

Diwajibkan ketika mandi untuk menghilangkan hadath besar adalah menyiramkan air merata ke seluruh tubuh. Tidak disyaratkan menggunakan sabun atau alat pembersih lainnya. Rasulullah SAW tidak menyebutkan baginda menggunakan sider (daun bidara) atau sikat atau pembersih lainnya. Yang ada adalah bahawa beliau menyiram air ke badannya secara merata.

Di antara riwayat tersebut adalah apa yang diriwayatkan oleh Aisyah RA, sesungguhnya Nabi SAW,

كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ .... ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ

(رواه البخاري، رقم 240)

"Nabi SAW apabila mandi junub. Kemudian Nabi SAW menuangkan air ke atas kepalanya sebanyak tidak siraman dengan kedua tangannya, kemudian meneruskan air ke seluruh tubuhnya."

(HR. Bukhari, no. 240)

Daripada Ummu Salamah RA dia berkata, "Aku berkata, Wahai Rasulullah, aku adalah wanita yang rambut mengerbang, adakah aku lepas apabila mandi junub? Beliau berkata,

لَا إِنَّمَا يَكْفِيكِ أَنْ تَحْثِي عَلَى رَأْسِكِ ثَلَاثَ حَثَيَاتٍ ، ثُمَّ تُفِيضِينَ عَلَيْكِ الْمَاءَ فَتَطْهُرِينَ

(رواه مسلم، رقم 497)

"Tidak, mencukupi menuangkan air ke kepalamu sebanyak tiga siraman, kemudian tuangkan air ke tubuhmu hingga engkau suci."

(HR. Muslim, no. 497)

Kesimpulannya wajib mandi junub dengan air, dan tidak diwajibkan menggunakan alat pembersih seperti sabun dan seumpamanya. Perkara ini yang ditunjukkan oleh sunah Nabi SAW. Jika seseorang menggunakan sabun atau alat pembersih lainnya, maka tidak mengapa."

Wallahua'lam.

 

 

fShare
0
Pin It