A- A A+





Rujukan
Senarai Bahan Rujukan Dalam Bidang Hadith

sunan al nasai

Nama sebenar kitab ini ialah : Al- Mujtaba Min al-Sunan al-Kubra yang bermaksud pilihan daripadapada al-Sunan al-Kubra. Menurut Ibnu al-Athir , beliau berpendapat al-An-Nasaie telah meringkaskan kitab Sunan al-Kubra dan memilihdaripadanya hadith-hadith untuk kitab al-Sunan al-Sughra. Manakala Imam az-Zahabi pula berpendapat bahawa ringkasan itu dibuat oleh anak murid al-An-Nasaie iaitu Abu Bakar Ibn al-Sunni. Oleh itu, Kitab Sunan An-Nasaie yang adapada kita sekarang ini mengandungi hadith-hadith pilihan daripada kitab asalnya iaitu al-Sunan al-Kubra atau juga boleh juga dikatakan sebagai ringkasan daripada kitab Sunan al-Kubra. Dalam penulisan sunannya, al-An-Nasaie mempunyai metode tersendiri bagi menjamin kekuatan hadith serta menekankan hadith-hadith hukum. Selain itu, corak penyusunannya juga kemas, teratur dan mengikut urutan yang sesuai daripada sudut Syariah Islam. Seterusnya beliau juga membentangkan beberapa kaedah digunakan sekaligus merupakan metode yang digariskan dalam kitab sunannya. 

Dalam penyusunan kitabnya, al-An-Nasaie memberi penumpuan kepada hadith-hadith hukum iaitu penyusunan mengikut topik di dalam ilmu fiqh. Daripada sudutkandungannya pula kitab ini mirip dengan Sunan Abu Dawud dan berbezadengan Sahih Bukhari dan Muslim. Terdapat 51 bab yang disusun secaramenarik,kemas dan mengikut urutan kepentingan daripada sudut Syariah Islam.Selain itu, setiap bab yang terdapat dalam sunan ini pula dibahagikansecara detail dan terperinci yang mana penyusunan ini tidak dilakukan olehpengarang lain. Sebagai contohnya, dalam bab Istia’zah beliau membahagikan kepada 65 tajuk kecil sepertiIstiazahdaripada kebakhilan,Istia’zah daripada sifat penakut,Istia’zahdaripada kejahatan pendengaran dan penglihatan dan seterusnya.Di dalam sunannya mengandungi sejumlah5761 buah hadith mengikut susunan Abd al-Fatah Abu Ghuddah.

Sunan al-An-Nasaie menduduki tempat ketiga selepas Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada sudut kurangnya bilangan hadith daif. Namun, secara keseluruhannya Sunan An-Nasaie berada pada tempat kelima daripadapada Kitab Sunan yang enam (Kutubus Sittah). Sunan al-An-Nasaie juga dianggap istimewa kerana bab haji yang terdapat dalamini adalah dalam mazhab Syafi’i disebabkan beliau merupakan seorang yang berpegang kepada mazhab Syafi’i. Imam al-Subki berpendapat bahawa Imam An-Nasaie lebih benyak menghafaz hadith-hadith berbanding imam Muslim. Sunannya menduduki tempat ketiga selepas Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada segi kurangnya bilangan Hadith Sahih. Menurut pendapat al-Hakim dan al-Khatib, syarat perawi hadith di dalam Sunan An-Nasaie lebih kuat berbanding dengan syarat perawi hadith dalam Sahih Muslim.

Rujukan

https://www.academia.edu/5603532/Imam_Al-NasaI

Pin It