A- A A+





Jenis-Jenis Hadith
Senarai Jenis-Jenis Hadith

 

Pengertian bahasa

  •  baharu atau khabar atau berita

Pengertian umum

  • Perkataan, perbuatan pengakuan dan sifat-sifat Rasulullah SAW.

Pengertian Istilah

  • Setiap ucapan (قول),
  • perbuatan ((فعل),
  • pengakuan (تقرير)
  • dan sifat-sifat + yang disandarkan kepada Rasulullah SAW

 

Pengertian Hadith Menurut Istilah

Dari segi istilah para muhaddithin telah mengemukakan pelbagai pendapat mengenainya namun tiada percanggahan antara satu sama lain kecuali jika ada sesuatu sebab yang khusus mengenainya. Antaranya;

(a). Hadith ialah segala apa sahaja yang dinisbahkan pada Nabi Muhammad saw dari segi perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat samada fizikal atau akhlak dan sirah samada sebelum dan selepas menjadi Rasul.

(b). Hadith juga ialah segala apa yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad saw atau sahabat atau tabiin termasuk juga apa yang dinamakan hadith marfu’, mauquf dan maqtu’.

Perbezaan Antara Hadith dan Sunnah

Sunnah dari segi bahasa bermaksud jalan atau sirah samada terpuji atau tercela. Lawan bagi perkataan sunnah adalah bidaah. Mereka yang mengikuti sunnah dipanggil orang yang mengikuti jalan yang lurus dan terpuji, manakala mereka yang berpaling dari sunnah adalah pembuat bidaah dan tercela.

Sunnah dari sudut istilah pula terbahagi kepada beberapa pendapat ilmuwan berdasarkan pengkhususan ilmu mereka, antaranya;

(a). Ulama Usul Fiqh – Sunnah adalah kata-kata, perbuatan dan taqrir. Mereka mengkaji hadith sebagai sumber hukum syariat seperti wajib, haram, sunat, harus dan makruh.

(b). Ulama Fiqh – Sunnah adalah perkara-perkara sunat yang apabila dilakukan akan mendapat pahala dan meninggalkannya tidaklah berdosa.

(c). Ulama Kalam – Sunnah adalah antonim bagi bidaah. Mereka yang berpaling dari sunnah dianggap sebagai pembuat bidaah.

(d). Ulama Hadith – Sunnah adalah apa juga yang disandarkan kepada Rasulullah saw dari segi perkataan, perbuatan, perakuan, sifat fizikal dan akhlak samada sebelum dilantik menjadi Rasul atau sesudahnya.

Takrif yang diberikan oleh ulama hadith lebih diberi keutamaan kerana ia merangkumi seluruh kehidupan Rasulullah SAW. Sunnah dalam pengertian ini adalah sama dengan maksud al-hadith. Kesimpulannya pada hakikatnya al-Hadith dan al-Sunnah mengandungi pengertian yang sama dan jika ada perbezaan hanya pada istilah dan skop pemakaiannya sahaja.

Hadith sebagai sumber hukum
Hadith adalah sumber hukum kedua selepas Al Quran

Perbezaan Al Quran dengan hadith

Al-Quran Hadith Nabawi Hadith Qudsi
  • Lafaz dan makna daripada Allah Taala
  • Wahyu disampaikan melelui malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW
  • Sumber hukum pertama
  • Disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
  • Tidak boleh membaca ketika berhadas besar
  • Ayat Al Quran dibaca dalam solat
  • Lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW
  • Perbuatan, perkataan dan pengakuan Rasulullah SAW
  • Sumber hukum kedua
  • Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
  • Boleh membaca ketika berhadas besar
  • Tidak boleh dibaca dalam solat
  • Lafaz daripada Rasulullah SAW dan maknanya daripada Allah Taala
  • Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh Rasulullah SAW
  • Sumber hukum kedua
  • Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
  • Boleh membaca ketika berhadas besar
  • Tidak boleh dibaca dalam solat

 

Perawi hadith

Pengertian : Seorang yang menerima dan menyampaikan hadith daripada Rasulullah SAW

Syarat-syarat perawi hadith

  •  Islam
  •  Ber'akal
  •  Baligh
  •  'Adil
  •  Kuat hafazan
  •  Menjada Tulisan
  •  Waspada

 

Bagaimana hadith disampaikan

 

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ          

                                                   

صحابى

                                                   

تابعى

                                                  

تبع التابعى

                                                 

الراوى

                                                

 البخارى أو مسلم

 
Pin It