Hadith Daif (Lemah) (حديث ضعيف)
Definisi : Hadith daif adalah hadith lemah tidak boleh menjadi sumber hukum tetapi sering menjadi panduan untuk fadhail a’mal.
Contoh Hadith Daif (Lemah) :
قَالَ النَّبِى (ص) ثَلاثَ لا يُؤخَّرْنَ وَهُنَّ الصَلاةُاِذَا اَتَتْ وَالْجَنَازَةُ اِذَا حَضَرَتْ وَالاُيِّمُ اِذَا وَجَدَتْ كُفْؤًا
Sabda Nabi SAW: "Tiga perkara tidak boleh dilambatkan iaitu solat apabila tiba waktunya. Jenazah bila telah siap dikafankan dan perempuan bila telah ditemukan pasangan yang sekufu".
Hadith riwayat al-Baihaqi : Hadith ini memiliki sanad yang lemah.
Hukum beramal dengan hadith daif:
Tidak boleh dijadikan hujah dan dalil dalam perkara akidah dan fekah, namun boleh beramal dengan hadith da’if dalam bab Fada’il al-A’mal dengan tiga syarat:
1) tidak terlalu da’if
2) termasuk dalam prinsip atau dalil yang diamalkan
3) tidak meyakini bahawa ia pasti (thabit) daripada Nabi SAW