A- A A+





Jenis-Jenis Hadith
Senarai Jenis-Jenis Hadith

Definisi: Hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang sangat ramai pada setiap peringkat perawi sehingga mustahil untuk berlakunya pendustaan dan kesilapan.

Hukumnya: Perlu diterima dan tidak perlu dikaji keadaan perawinya.

Pembahagiannya: Mutawatir lafzi (lafaz/teks) dan mutawatir maknawi (isi kandungan).

Contoh hadith mutawatir lafzi:

عن ... من كذب  علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار              

“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka.”

Lafaz hadith ini telah diriwayatkan oleh lebih daripada 70 orang Sahabat.

Contoh hadith mutawatir maknawi: mengangkat tangan ketika membaca doa; hadith ini diriwayatkan oleh lebih daripada 100 orang Sahabat dengan lafaz yang pelbagai.

 

 

fShare
0
Pin It