A- A A+





Glosari Hadith
Senarai Glosari Hadith

Dari sudut bahasa: ‘الأثر ’ jamaknya adalah ‘آثار’: yang bermaksud: Sesuatu yang berbaki daripada sesuatu. Dikatakan: ‘اثر الدار ’ bermaksud sesuatu yang berbaki daripadanya.

Dari sudut istilah: Pengertian ‘الأثر’ ini berbeza pada istilah dua kumpulan daripada ulama: iaitu muhaddithin dan fuqaha Khurasan‘ الأثر’ di sisi muhaddithin adalah ‘الخبر ’, iaitu sesuatu hadith samada  marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW) atau mawquf (disandarkan kepada sahabat r.a.) atau maqtu’ (disandarkan kepada tabiin).

fShare
0
Pin It