A- A A+





Glosari Hadith
Senarai Glosari Hadith

Pengertian: Hadith yang bersambung sanadnya daripada permulaan sanad hinggalah ke akhirnya. Setiap daripada perawinya telah mengambil hadith tersebut dengan bentuk atau kaedah-kaedah pengambilan yang sahih daripada syeikhnya. Sifat sanad yang bersambung ini telah mengeluarkan semua sanad yang terputus seperti berikut:

  1. : المرسل Iaitu hadith yang diriwayatkan dan disandarkan oleh seorang tabiin kepada Nabi SAW dengan menjatuhkan penghubung di antara tabiin tersebut dengan Nabi SAW (terputus di antara tabiin dengan Nabi SAW kerana tabiin tidak bertemu dengan baginda).
  2. :المنقطع  Iaitu hadith yang terjatuh (hilang) daripada sanadnya seorang perawi di salah satu tempat di dalam sanad atau lebih daripada seorang.
  3. : المعضل Iaitu hadith yang terjatuh daripada sanadnya dua orang perawi atau lebih secara berturut-turut.
  4. : المعلق Iaitu hadith yang terjatuh daripada permulaan sanadnya seorangperawi atau lebih.
Pin It