A- A A+





Glosari Hadith
Senarai Glosari Hadith

Dari sudut bahasa: ’الآحاد ’ jamak bagi kalimah ‘أحد ’ yang bermaksud: Satu,iaitu sesuatu yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja.

Dari sudut istilah: Ia adalah hadith yang tidak terdapat dalamnya syarat-syarat hadith mutawatir. Hadith Ahad ini merangkumi jenis-jenis yang berikut:

  1. Masyhur
  2. ‘Aziz
  3. Gharib @ Fard

Setiap jenis ini di namakan sebagai: hadith Ahad. Sila lihat pengertian setiap daripada jenis tersebut mengikut hurufnya.

Hukumnya:

Ulama bersepakat mengatakan bahawa wajib beramal dengan apa yang sahih daripada jenis-jenis hadith Ahad tersebut.

fShare
0
Pin It