A- A A+





Glosari Hadith
Senarai Glosari Hadith

Dari sudut bahasa: Adalah isim maf’ul (kata nama yang diperlakukan ke atasnya) daripada perkataan yang bermaksud: sesuatu yang dilepaskan atau bebas.

Dari sudut istilah ialah: Hadith yang disandarkan terus oleh seorang tabiin kepada Nabi SAW tanpa menyatakan perantaranya (pada peringkat sahabat). Perkataan ‘tabiin’ di sini adalah secara umum yang merangkumi tabiin kecil dan juga tabiin besar.

Contohnya:

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya: Telah memberitahuku Muhammad bin Rafi’, telah memberitahu kepada kami Hujain, telah memberitahu kepada kami al-Layth daripada ‘Uqail, daripada Ibn Syihab daripada Sa’id bin al-Musayyib; bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah melarang daripada al-muzabanah (iaitu menjual benda yang tidak pasti dengan kadar yang telah pasti).

Sa’id bin al-Musayyib adalah seorang tabiin besar, yang meriwayatkan hadith ini terus daripada Nabi SAW tanpa menyatakan perantara di antara beliau dan Nabi SAW  Beliau telah menggugurkan daripada isnad hadith ini bahagian akhirnya, iaitu perawi selepas tabiin, dan sekurang-kurang sifat gugur ini ialah gugurnya sahabat RA yang meriwayatkannya. Dan berkemungkinan terdapat juga perawi lain yang turut gugur bersamanya seperti tabiin yang lain misalnya.

Hukumnya:

Jika terdapat bagi hadith mursal tersebut riwayat lain yang sah secara bersambung sanad dari para perawi yang selain dari para perawi mursal berkenaan, maka hadith tersebut boleh dijadikan hujah pada pandangan jumhur ulama dan muhaddithin, kerana riwayat yang bersambung sanad itu dapat menjelaskan kesahihan hadith mursal tersebut. (Lihat: Tadrib al-Rawi: 1/120).

fShare
0
Pin It