A- A A+





Glosari Hadith
Senarai Glosari Hadith

Pertama: Hadith yang disepakati oleh al-Syaykhan (dua orang syeikh, iaitu al- Bukhari dan Muslim).

Kedua: Hadith yang hanya diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari.

Ketiga: Hadith yang hanya diriwayatkan oleh al-Imam Muslim.

Keempat: Hadith yang menepati syarat al-Syaykhan, tetapi mereka tidak meriwayatkannya. Maksud menepati syarat tersebut ialah sama dari sudut para perawi kedua-duanya dan juga cara periwayatan mereka. Ini berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Abu ‘Abd Allah al-Hakim al-Naisaburi yang mencampurkan isnad-isnad hadith dan menghukumkannya sebagai mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim.

Kelima: Hadith yang bertepatan dengan syarat al-Bukhari sahaja, tetapi beliau tidak meriwayatkannya.

Keenam: Hadith yang bertepatan dengan syarat Muslim sahaja, tetapi beliau tidak meriwayatkannya.

Ketujuh: Hadith yang tidak mengikut syarat-syarat al-Bukhari dan Muslim, tetapi ia sahih di sisi selain daripada kedua-dua imam tersebut, seperti Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, serta pengarang-pengarang kitab Sunan dan Musnad. Ini kerana al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkan kesemua hadith sahih yang ada, bahkan mereka juga tidak mensyaratkan begitu (bahawa semua hadith sahih telah dimasukkan ke dalam kitab mereka). Dengan sebab itu, al-Hakim berkata di permulaan kitabnya, Al-Mustadrak: “Mereka berdua atau salah seorang dari mereka tidak pun menghukumkan bahawa sesuatu hadith itu tidak sahih jika mereka tidak meriwayatkannya di dalam kitab mereka”. Peringkat yang pertama di atas juga dinamakan sebagai muttafaq ‘alayh.

fShare
0
Pin It