A- A A+





Glosari Hadith
Senarai Glosari Hadith

Dari segi bahasa: Sirah ( السيرة) dan kata jamaknya (  سير) membawa maksud; jalan. Seperti ayat; seseorang itu telah melalui jalan yang baik. Dan antara maknanya juga ialah perjalanan dan keadaan. Sirah seorang individu ialah perjalanan hidup seseorang. (Lisan al-Arab 4/389-390)

Dari segi istilah ialah: Perjalanan yang dilalui oleh nabi SAW sepanjang hidupnya, semenjak baginda dilahirkan sehinggalah tarikh wafatnya, iaitu keseluruhan peristiwa yang berlaku di antara tempoh itu.

fShare
0
Pin It