A- A A+





Glosari Hadith
Senarai Glosari Hadith

Ulama membahagikan hadith sahih berdasarkan takhrijnya dalam kitab-kitab sahih kepada tujuh bahagian, seperti berikut:

Pertama: Hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, iaitu yang dinamakan sebagai Muttafaq A’laih.

Kedua: Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari tetapi tidak diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu yang dinamakan Afrad Al-Bukhari.

Ketiga: Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim tetapi tidak diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dinamakan Afrad Muslim.

Keempat: Hadith sahih yang memenuhi syarat-syarat al-Bukhari dan Muslim tetapi tidak diriwayatkan keduanya dalam kitab mereka.

Contoh bagi hadith ini ialah seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam al- Hakim dalam Al-Mustadrak, katanya: "Sahih menurut syarat kedua-dua imam tetapi mereka tidak meriwayatkannya."

Kelima: Hadith sahih yang memenuhi syarat-syarat al-Bukhari tetapi tidak diriwayatkan dalam kitabnya.

Contoh bagi hadith ini yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim dalam Al- Mustadrak, katanya: “Sahih menurut syarat Imam al-Bukhari tetapi tidakdiriwayatkan olehnya”.

Keenam: Hadith sahih yang memenuhi syarat-syarat Muslim tetapi tidak diriwayatkan dalam kitabnya.

Contoh bagi hadith ini seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim dalam Al-Mustadrak, katanya: “Sahih menurut syarat Imam Muslim tetapi tidak diriwayatkan olehnya”.

Ketujuh: Hadith-hadith sahih yang terdapat pada selain Imam al-Bukhari dan Muslim

fShare
0
Pin It