A- A A+





Galeri
Koleksi galeri aktiviti myHadith

 

Pada tarikh 2-4 September 2016: Bahagian Penerbitan, JAKIM telah mengadakan Bengkel Pentashihan Hadith Jami’ Tirmizi Jilid 2 Siri 2 di Suria Hot Spring, Bentong Pahang. Bengkel 3 hari tersebut telah dihadiri oleh pentashih yang telah dilantik antaranya Prof. Madya Dr Fauzi bin Haji Deraman dari Universiti Malaya (UM), Dr Faisal bin Ahmad Shah dari Universiti Malaya (UM), Dr. Muhamad Al’Ikhsan bin Ghazali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Khadher bin Ahmad dari Universiti Malaya (UM) dan Al-Fadhil Ustaz Syed Najihuddin bin Syed Hassan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Bengkel ini dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Mohamad bin Saari, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM. Bengkel ini juga telah diisi dengan 8 kali sesi perbincangan dalam kumpulan bagi meneliti kesahihan hadith dan bacaan pruf. Semoga dengan bengkel kali ini akan memantapkan lagi penerbitan Buku Hadith Jami’ Tirmizi Jilid 2 tersebut sebagai rujukan generasi yang akan datang.









 

Projek Penterjemahan Kutub Sittah berkesinambungan dengan adanya Bengkel Pentashihan Hadith Jami‘ at-Tirmizi Jilid 2 Siri 1 yang diadakan pada 17 – 19 Februari 2016. Bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, bengkel ini menjadi tempat berkumpulnya para pentashih untuk mengemudi proses pentashihan hadith Jami‘ at-Tirmizi Jilid 2 yang merangkumi hadith ke 501 sehingga 1000.
 
Pengalaman dalam bengkel pentashihan hadith bagi jilid 1 sebelum ini memberi impak kepada pelaksanaan bengkel bagi musim ini kerana terdapat banyak penambahbaikan terutamanya format pentashihan. Begitu juga pelaksanaannya berjalan dengan lancar dengan adanya bahan rujukan penting termasuk panduan ejaan dan transliterasi bagi memudahkan para pentashih dan peserta menjalani tugas mereka secara strategik.
 
Bengkel-bengkel seterusnya akan menyusul sepanjang tahun 2016 sehingga semua hadith bagi jilid 2 berjaya ditashih. Ini adalah langkah yang penting dalam usaha menerbitkan buku Jami‘ at-Tirmizi Jilid 2, sekali gus menjadi tanda progresif projek Penterjemahan Kutub Sittah antara JAKIM dengan Universiti Malaya.