A- A A+





Galeri
Koleksi galeri aktiviti myHadith

Tarikh: 24 Hingga 26 Oktober 2017

Kajian penyelidikan model pembangunan Darul Hadith Malaysia (DHM) telah diadakan di beberapa pusat kajian hadith di Indonesia pada 24 - 26 Oktober 2017. Ianya merupakan susulan dari kajian model pembangunan DHM yang dibuat di Morocco pada tahun 2016. Kajian kali ini telah diadakan di Pusat Kajian Hadith Kuningan, Jakarta, Pustaka Imam Al-Syafi’ie, Darul al-Sunnah International Institute for Hadith Sciences, Pengurusan Lidwa Software Hadith Online Indonesia dan Kuliah Usuluddin Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta Indonesia.

Kajian telah ketuai oleh Ybhg Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu DHM dan beberapa orang ahli jawatankuasa DHM yang telah dilantik iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Mohd Amin, Ustazah Adawiah binti Lias dan Dr. Muhamad Hapizi bin Sulaiman. Kajian selama 3 hari ini telah berjalan dengan baik dan lancar.

Beberapa input-input yang baharu telah diperolehi hasil daripada pertemuan dengan pusat-pusat kajian tersebut dan ianya telah menepati objektif kajian iaitu untuk menjalankan kajian model pembangunan Darul Hadith luar negara dan melihat secara dekat mengenai aktiviti dan pelaksanaan oleh pusat-pusat hadith tersebut. Adalah diharapkan dengan kajian tersebut, Jawatankuasa Pemandu DHM dapat mengemaskini cadangan model pembangunan DHM yang komprehensif yang akhirnya Negara Malaysia dapat membina Darul Hadith Malaysia dengan objektif yang telah ditetapkan bagi manfaat semua umat Islam untuk menghayati dan merealisasikan hadith-hadith Nabi dalam kehidupan mereka di negara ini khususnya.
 
Kunjungan Hormat Ke Pejabat kedutaan Malaysia di Indonesia
 
Kajian Penyelidikan Model Pembagunan Darul Hadith Malaysia Di Indonesia 1

 

Jakim melalui Unit Darul Hadith di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah berjaya mengadakan Bengkel Pemurnian Draf Pelan Strategik Darul Hadith Malaysia 2018-2022 pada 18 April 2017 di Bilik Mesyuarat Aras 4, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
 
Tujuan diadakan bengkel tersebut ialah untuk memurnikan draf Pelan Strategik DHM 2018-2022 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Darul Hadith pada 21 Mac 2017. Dalam bengkel tersebut, satu taklimat berkaitan dengan Pengurusan Strategik telah disampaikan oleh pegawai MAMPU iaitu Puan Azra Haida binti Baharom, Ketua Pen. Pengarah Kanan, Bahagian Perundingan Pengurusan 1.
 
Draf tersebut telah dibentang kepada ahli mesyuarat dan telah mendapat pandangan dan khidmat nasihat daripada beliau. Bengkel ini dihadiri oleh AJK Kerja DHM seramai lima orang. Bengkel tersebut dipengerusikan oleh Prof Madya Dr. Mohd Fauzi bin Mohd Amin daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
 
Hasil daripada bengkel tersebut, draf Pelan Strategik DHM 2018-2022 akan dikemaskini dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Darul Hadith yang akan datang. Draf tersebut akan dikemukakan kepada Pihak Pengurusan Tertinggi Jakim untuk mendapat persetujuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 






 

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu  Darul Hadith Malaysia Kali Ke 2/2017

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Darul Hadith Malaysia Kali Ke-2/2017 yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh telah diadakan pada 24 Januari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini dihadiri seramai 23 orang pakar-pakar hadith daripada IPTA/IPTS dan agensi-agensi yang berkaitan.

Mesyuarat tersebut telah membincangkan perancangan dan aktiviti bagi tahun 2017 dan 2018, perancangan strategik DHM 2016-2020, serta program berkaitan Wacana Penjelasan Isu-Isu Penyelewengan Hadith dan Seminar Antarabangsa Hadith Nabawi bagi tahun 2017. Beberapa penambahbaikan telah dicadangkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu bagi memperkasakan Darul Hadtih Malaysia sebagai pusat rujukan hadith yang berwibawa di negara ini.

 

 

 

 

 

 

 

Wacana Hadith Nabawi dengan tema “Hadith Dihayati Ummah Diberkati” telah diadakan pada 6 Februari 2017 (Isnin) bertempat di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya. Wacana tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mewakili YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Objektif Wacana adalah untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan hadith sebagai sumber perundangan kedua selepas al-Quran serta memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai ideologi dan fahaman yang menjurus kepada salah faham terhadap hadith dan mengembleng tenaga dan usaha dalam kalangan masyarakat dan pihak berkuasa agama negeri bagi membetulkan kekeliruan terhadap kesalah fahaman hadith.

            Antara tajuk yang dibentangkan adalah seperti berikut:

  1. “Hadith Palsu dan Cabarannya Ke Atas Umat Islam” yang dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Mohd. Amin, Pensyarah daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  2. “Sejarah Gerakan Anti- Hadith semasa di Malaysia dan Global” oleh Dr. Fauzi bin Deraman, Pensyarah daripada Universiti Malaya (UM).
  3. “Salah Faham terhadap Makna Hadith dan Kesannya kepada Umat Islam” oleh Dr. Faisal bin Ahmad Shah, Pensyarah daripada Umiversiti Malaya (UM).

Wacana tersebut telah dihadiri seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, agensi-agensi di bawah YB Menteri, JAKIM, Kader Jakim, MAIN/ JAIN, agensi swasta, NGO dan juga pelajar IPTA/IPTS.
















 

 

Satu lawatan kajian model pembangunan Darul Hadith telah dilakukan di dua buah pusat penyelidikan hadith iaitu  Etablissement El-Hadith El-Hassania Dan Markaz Al- Qattan,Morocco pada 30 November hingga 8 Disember 2016. Ahli yang terlibat adalah terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu Darul Hadith Malaysia seramai 2 orang yang diketuai oleh Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Darul Hadith Malaysia dan Dr. Muhamad Hapizi bin Sulaiman (Jakim)

Objektif kajian adalah untuk menjalankan kajian model pembangunan Darul Hadith luar negara dan melihat secara dekat mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh kedua buah pusat penyelidikan tersebut. Adalah diharapkan dengan lawatan kajian tersebut, Negara Malaysia dapat membina sebuah pusat kajian Darul Hadith dengan objektif yang telah ditetapkan antaranya bagi manfaat umat Islam menghayati hadith-hadith Nabi dalam kehidupan mereka di negara ini.

 

maroco