Carian Hadith

Mutiara Hadith

Al Manhal Al Tanwir Lil Hadith

Jumlah Pelawat



Perutusan Ketua Pengarah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian. Jakim merupakan sebuah agensi agama di peringkat Persekutuan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam usaha untuk membangun dan memajukan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

Info MyHadith

Portal myHadith ini diwujudkan selari dengan penggunaan teknologi terkini sebagai medium untuk memartabatkan dan memelihara hadith Nabawi. Cadangan mewujudkan portal ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Darul Hadith Malaysia yang diadakan pada 17 Ogos 2016 iaitu “Penggunaan medium teknologi terkini perlu dimanfaatkan dalam bidang hadith”.

Tokoh Hadith

Dalam tajuk Tokoh Hadith ini akan dimasukkan secara ringkas berkaitan maklumat perawi berkaitan biografi dan penjelasan keadaan perawi, tarikh lahir dan wafat, negeri mereka, tarikh mula mendengar hadith, pengembaraan, tarikh ketibaan di sesebuah negeri, guru-guru, perawi lain yang menerima hadith daripadanya dan mendengar hadith, yang terdiri daripada:

  1. Sahabat
  2. Tabi’in
  3. Tabi’tabi’in dan lain-lain

Kitab Hadith

Pemeliharaan hadith dari masa ke masa terus dilakukan oleh setiap generasi umat ini. Bermula dari zaman Rasulullah SAW sampai pada kurun akhir tabi' at-tabi’in. Sehingga muncullah berbagai kitab hadith yang banyak kita kenal hari ini, seperti al- Muwatta', Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Musnal Imam Ahmad bin Hanbal, kitab-kitab sunan yang empat, dan yang lainnya.